Siri 4 : Modal sepucuk email?
Posted On Sunday, March 30, 2008 at at 11:33 PM by Aishah Abd LatiffHai, Assalammualaikum...
Bertemu lagi kita di siri ke 4 titian perjalanan saya didalam bisnes USANA. Minggu ini merupakan satu minggu yang sangat mencabar, beremosi, menggembirakan, dramatik dan merupakan antara minggu yang membuahkan pengalaman yang sangat menarik dalam hidup saya.
Sebelum bertemu dengan USANA, rutin harian saya hanyalah bangun pagi, pergi kerja, jalan jem, buat kerja ofis, balik petang, jalan jem, makan malam, mengelamun panjang dan tertidur. Kata orang Penang, pi-mai-pi-mai tang tu jugak.

“Dear,
Congratulations on your achievements of sponsoring more than 5 downlines over such a short time. This is a real pleasure to have a dynamic leader like you in our team. As a token, we present you a Team T Shirt on your achievement. Regards, (signed) Ken Ong 5/2/08”
*Dear Ken Ong, thank you for the t shirt. “quel plaisir de te rencontrer” Don’t mention it because the pleasure is mine. I am really having a great moment in my life.
Surprise Lagi
Selang beberapa hari selepas mengenali Ken Ong, saya mendapat mesej pula dari Simon Chan. Siapa Simon Chan? Simon Chan adalah upline kepada Ken Ong. Sempat juga berchatting panjang dengan Simon yang kini berada di USA. Simon turut bercerita meluahkan perasaan marahnya kepada upline beliau yang lari meninggalkan USANA sewaktu beliau mula-mula menceburi bidang ini.
Tatkala Simon sekarang boleh bersenang lenang dengan hasil pendapatan USANA, bekas upline nya dulu masih terkial-kial bertukar-tukar kerja dari satu tempat kerja ke tempat kerja lain. Di negara Jepun sahaja Simon mempunyai tidak kurang dari 200 orang downline. Saya tidak sempat bertanya berapakah jumlah downline beliau di seluruh dunia.
Itulah kelebihan Team XLR8 didalam USANA. Tidak kira siapa jua anda, atau berapa jauh anda dibawah, anda sebenarnya terlalu dekat dengan upline anda. Perlu diingat, samada downline atau upline mereka semuanya adalah rakan seperjuangan. Bukan BOSS apatah lagi kuli anda.
Kerja Siapa?
Saya dijemput oleh Kak Delaila untuk datang kerumahnya. Katanya nak beramah mesra. Sepanjang saya berniaga didalam USANA, saya belum pernah bertemu muka dengan sesiapa kecuali Kak Rohana (yang belanja makan di KLCC, suami nak ikut sebab memang favouritenya Chinese Food tapi malangnya saya tak bagi ikut.. hehe) Selain itu, semua pertemuan hanya melalui telefon dan online di internet sahaja.
Kali ni saya pergi ke rumah Kak Delaila bersama suami. Hati saya berdebar-debar sebab selama ni hanya berbual dengan Kak Delaila melalui telefon sahaja. Suami saya pula tak sedap hati, katanya dia merasakan ada “sesuatu” akan berlaku. Sampai di rumah Kak Delaila, kami disambut dengan senyuman manis di depan rumahnya. Beliau agak terkejut melihat kami.
Selesai acara makan-makan kami teruskan dengan sesi soal jawab. En Sukor rupanya bukanlah seorang yang calang-calang. Beliau orang lama Amway rupanya dan perihal preskripsi perubatan sudah merupakan darah daging beliau. Pasangan suami isteri ini memang peminat makanan perubatan. Mujurlah suami saya ada buat persediaan sikit, malam sebelumnya. Taklah kami terasa kekok menerangkan dengan panjang lebar pasal USANA.
* "Terima kasih Kak Delaila dan En Sukor, kalau hendak berjalan ke utara bolehlah singgah ke rumah kami, giliran makan tengahari disini pula... "
Jumaat – “The Big Friday”
Saya memulakan hari Jumaat dengan penuh semangat. Penuh dengan perancangan, target, cita-cita dan harapan. Banyak kerja-kerja tidak berjalan dengan lancar kerana line internet yang lembap tapi harapan untuk mencapai “target” semakin cerah menjelang tengahari. Menjelang petang hanya ada beberapa saki baki kerja yang perlu dibereskan, namun tiba-tiba hajat saya untuk mencapai “target” terbantut. Saya mati akal sedangkan cita-cita saya untuk minggu ini hanya sejengkal lagi untuk dijangkau dan betul-betul dihadapan mata. Boleh dilihat namun terkapai-kapai.
Saya meluahkan keresahan saya kepada Zakiah. Siapa itu Zakiah? Zakiah adalah downline Amy merangkap upline saya. Zakiah bergegas cuba membantu saya. Dalam masa yang sama saya pula terus berusaha untuk mencapai target. Suami pula selang 10 minit menelefon menenangkan dan cuba memberi jalan. Target masih tidak tercapai manakala masa semakin suntuk. Apakah target saya? Target saya adalah untuk naik ranking pada setiap minggu. Terngiang-ngiang kata-kata En Sukor suami Kak Delaila, “You must have a purpose in your life, if you doesn’t have a purpose then u will achieve nothing”.


Didalam kereta saya hanya banyak berdiam diri dan suami seperti biasa cuba menenangkan perasaan saya. Saya cuba untuk menghubungi Zakiah tapi rasanya sudah terlambat. Saya hanya berdoa saya agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Saya risau, kerana Amy juga pernah terkena gara-gara terlalu ingin membantu saya.
Malam Pengajaran
Selesai makan malam, saya cuba membantu Kak Rohana dalam urusan mendaftarkan downline nya. Kak Rohana juga akhirnya berjaya. (Belum sempat bercerita panjang dengan Kak Rohana al-kisah pengalamannya pula) Banyak perkara terbantut. Urusan mendaftarkan downline kerapkali terganggu. Seperti biasa Amy to the rescue.

Hari semakin larut dan anak-anak mula buat perangai merengek hendak tidur. Amy menyampaikan berita kematian bapa saudara Zakiah. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Perit menelan air liur. Hati dan perasaan terasa bungkam. Bahu terasa sungguh berat. Amy juga memberi bayangan kemungkinan saya gagal untuk mencapai “target” pada minggu ini.

“Don’t worry Zakiah, i have learned a big lesson on Friday. At this time, the rank doesn’t concern me at all. And i owe you one.”
Impian saya akhirnya berkubur, namun saya gembira. Gembira kerana telah menempuh pelbagai pengalaman dan peristiwa sepanjang lima hari, lebih dari apa yang saya tempuhi selama 2 tahun sebelum bertemu USANA. “So Close But Yet, So Far".
Tamat sebuah kisah “The Big Friday”
Anda pula bagaimana? Sekurang-kurangnya saya gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk mempunyai 3 orang downline setiap minggu. Namun ada juga perkara yang mengecewakan hati kerana ramai yang mengaku “telah terkena” dengan skim perniagaan lain sebelum ini. Saya akui bahawa USANA juga adalah MLM. MLM di Malaysia telah banyak tercemar dari angkara perusahaan-perusahaan lain sebelum ini. Ramai yang telah tergadai harta kerana diumpan kemewahan wang ringgit oleh si pelobi.

Tidak pernah sepanjang saya mengenalkan USANA kepada prospect saya bahawa saya berjanji mereka mampu kaya sekelip mata. Tidak pernah saya berjanji bahawa mereka hanya perlu masuk, melabur modal 3BC, goyang kaki dan seterusnya saya akan memberikan kekayaan kepada mereka. Ada juga yang cuba berlagak bijak, kononnya tidak mahu terjerat dengan skim cepat kaya namun sebenarnya hipokrit kerana jauh terpahat di sudut hati masih mahu mencari jalan mudah, ringkas dan pantas.
Nasihat saya, lebih pantas dan mudah anda mahukan wang dan kekayaan maka lebih jauhlah anda dari impian dan habuan anda. Akan nanti datang hari, dimana anda akan diberikan janji-janji kosong maka pasti anda akan mudah menerima kerana fikiran anda kosong. Tiada bermatlamat dan tiada arah tujuan. Anda hanya mahu berada disekitar zon selesa anda.

Cepat kaya tiada dalam kamus hidup saya, yang ada hanyalah berusaha untuk kejayaan. Rezeki di tangan Allah. Seorang bekas pensyarah dan juga seorang peguam telah menyertai USANA tidak sampai setahun dahulu dan dalam jangkamasa cuma 6 bulan telah mencapai “Gold dan Ruby Director”. Pendapatan mereka dari USANA secara logik kiraan tidak mungkin kurang dari RM40,000.00 sebulan. Tak percaya? Muka mereka ada dalam (muka surat 16) newsletter terbaru USANA. Namun pada pendapat saya tafsiran mewah atau kaya bagi setiap manusia adalah berlainan. Betulkan?
“You have to do something to get something but you will get nothing if you do nothing”

Jadi, berbalik kepada persoalan awal, - berapakah pula modal yang diperlukan untuk menghantar email kepada seseorang yang bakal menjadi downline anda?

Siri 3 : Motivasi Diri Demi Sebuah Impian
Posted On Sunday, February 10, 2008 at at 2:15 AM by Aishah Abd LatiffAda beberapa yang menarik mengenai tahun tikus pada kali ini.
1. Saya takut tikus. (jangan cerita pada yang bukan group ini ok?)

Bagaimana pula dengan cerita anda semua? Kalau ada yang mahu berkongsi cerita, taipkan dan hantarkan sahaja ke email groups ini. Zaman sekarang, semuanya email. Nak bercerita pun kena pakai email. haha..
Maju Setapak Lagi
Erm, cuti kali ini saya banyak manfaatkan masa untuk update web, yang dahulunya lebih berkonsepkan blog. Sebenarnya sama sahaja, tapi kalau tambah sana sikit, sini sikit maka akan terjadilah web. Dan, saya telah maju “setapak” lagi.
Blog saya kini telah berpindah ke domain baru, iaitu domain saya sendiri di http://www.simplybisnes.com/ Maka, berbanggalah saya kerana mempunyai laman web sendiri. Dalam siri akan datang saya akan ceritakan apa kelebihannya menggunakan domain sendiri.
Minggu lepas, saya ada menulis dan bagaimana kita berhajat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 downline pada minggu (yang lepas) ini. Bagaimana? Ada yang berjaya? Ataupun ada yang masih tertunggu-tunggu lagi untuk memulakan pada “masa yang sesuai”?
Masa Yang Sesuai
Itulah ayat saya apabila suami bertanya samada saya telah buat apa yang dirancangkan. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti bulan nampaknya ada sahaja yang tidak sesuai apabila saya hendak memulakakan sesuatu pada “masa yang sesuai”. Lama-kelamaan saya faham, ada perkaranya “masa yang sesuai” kadangkala tidak sesuai didalam perniagaan.

Didalam perniagaan kita perlu aktif dan pantas. Peluang yang ada perlu di pergunakan sepenuhnya. Tidak semua akan berlaku dengan licin, teratur dan kemas seperti yang di rancang, namun setidak-tidaknya kita telah memulakan sesuatu. Memulakan sesuatu itulah yang perlu anda lakukan disebalik berselindung “menunggu masa yang sesuai”.
Adakalanya kita berfikir, alangkah baiknya jika kita tidak perlu mencari orang nak masuk menjadi downline. Kalau boleh alangkah bagusnya kalau dapat buat macam yang diperkatakan oleh iklan-iklan yang ada di internet contohnya;
“Buat duit dari rumah – tidak perlu kerja”, “Goyang kaki, duit masyuk”, “Telaga Hikmat Membiakkan Duit”, “Punca Pendapatan Berganda”, “Buat Duit Cara Mudah” dan lain-lain lagi.

Biar saya pecah rahsia sikit. Suami saya dahulu ... (err suami lagi... nak buat macam mana... dah sayang suami... lagipun suami yang banyak bercerita dan bagi nasihat :P )..
Erm, suami saya dahulu biasanya pada malam hari cuti akan pergi ke restoran mamak dengan rakan-rakan karibnya. Sementelah sekian lama pejam celik akhirnya mereka berhasrat untuk menjadi kaya lalu bercita-cita dan berpakat untuk menghasilkan buku “Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan”.
Ya! Jutawan!
Perancangannya, sudah pastilah ramai yang akan membeli buku tersebut dan akhirnya akan menjadikan mereka kaya raya dan seterusnya menjadi jutawan, sedangkan “jutawan-jutawan” yang akan menulis buku ini bercadang untuk mengutip idea-idea dari buku-buku orang lain yang tidak pasti lagi ketulenan tips-tips dan langkah-langkah untuk menjadi jutawan itu .
Alhamdulillah, hasrat mereka hanya angan-angan kosong kerana patah semangat di permulaan jalan. Semuanya kerana perlu mengeluarkan sejumlah modal besar untuk percetakan buku, pengedaran dan sebagainya. Mujur, pada masa itu penggunaan e-book belum begitu popular di Malaysia dan mereka belum begitu tahu mengenainya.
Goyang Kaki
Kadangkala, perkara-perkara yang diiklankan sebenarnya adalah indah khabar dari rupa. Ayat-ayat yang membeliakkan biji mata perlu disusun untuk menarik minat orang untuk meng“klik” dan seterusnya terlibat dalam satu skim yang pada harapan mereka akan merealisasikan impian untuk menjadi senang, untung besar, kaya-raya, duit sampingan dan sebagainya.
Namun sebenarnya, mereka-mereka ini hanya akan menjadi tukang promosi dan mendapat sedikit imbuhan daripada promosi tersebut. Tukang promosi sama sekali tidak akan berjaya sebagaimana si tuan punya program memandangkan keinginan awalnya adalah untuk “Goyang Kaki dan Duit Masyuk”.
Mereka akhirnya akan kehampaan apabila mengetahui ia tidak semudah goyang kaki yang dimaksudkan sebaliknya juga perlu bekerja membina dan mempromosi laman web yang berkenaan ke seaentero Malaysia. Nampaknya masih tak boleh goyang kaki.
Nasihat saya, jika anda mahu goyang kaki dan duit masyuk, jalan yang terbaik adalah pelaburan. Lebih selamat, terjamin dan kurang risiko. Melaburlah didalam Amanah-amanah Saham (Saham Amanah baru sahaja diharuskan oleh Majlis Mufti) ataupun Unit Trust. Dengan Amanah Saham, anda pasti akan mendapat faedah dari keuntungan setiap tahun, lebih banyak anda melabur maka lebih banyak hasilnya.
Begitu juga dengan Unit Trust ataupun Unit Amanah, juga akan menghasilkan keuntungan bergantung kepada kebijakan Pengurus Dana dan juga pasaran serantau. Lebih banyak anda melabur, maka sudah pasti hasilnya akan lebih mencengkam. Ketika itu sudah pasti kaki anda akan bergoyang!
Tapi...
Mana nak carik duit melabur? Takkan nak pinjam Ah Long? Gila! Bank? Macam-macam urusan dan syarat. Kita nak duit setiap bulan, bukannya keluar duit setiap bulan! Pendapatan setiap bulan pun cukup makan, mana nak korek lagi untuk bayar monthly installment? Aduh...
Maka, kerana itulah anda berada disini, membaca tutorial ini dan telahpun menjadi seorang “Independent Associate USANA”. Anda yakin bahawa dengan sedikit modal, kesungguhan, tebal muka (semua orang buat macam ni... cikgu pun kena tebal muka kalau Nazir sekolah datang duduk kat belakang kelas).
Apatah lagi USANA sebenarnya memberikan pendapatan mingguan! Dalam US Dollar pulak tu!
Konsep tebal muka dalam USANA ada sedikit berlainan, dan juga menekankan konsep bekerja secara berkumpulan (macam mana ni? Macam biasa.. kita kena saling menghubungilah samada email, sms ataupun telefon.)
Sesungguhnya dengan izin Allah, berakah setiap usaha, usaha, usaha, doa dan tawakkal maka, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani sudah pasti akan memperkenankan nawaitu ikhlas hamba-hambanya yang dihimpit sedikit kesusahan.
Sehingga berjumpa lagi dalam siri akan datang, dan jangan lupa untuk memotivasikan diri anda demi sebuah impian!
Work Hard and Work Smart!
http://www.simplybisnes.com/
Siri 2 : Log On From Home To Webcast
Posted On Sunday, February 3, 2008 at at 11:21 PM by Aishah Abd LatiffHai and Salam Semua.
Adalah penting untuk kita (yang berbisnes dari rumah secara internet) ini untuk mendalami ilmu berkaitan USANA tanpa perlu bersusah payah pergi ke perjumpaan hujung minggu untuk mendengar ceramah sedangkan kita boleh mendengar dan melihatnya dari rumah.
Inilah kelebihan TeamXLR8. Training berkenaan produk dan pay plan hanya dari rumah! Ya! Dari rumah! (cuma perlu pastikan anak-anak anda tidak menguasai komputer pada waktu itu) :D
The schedule are as follows:
Monday : Bahasa Melayu
www.myeconference.net/TeamXLR8/
8:30pm – 9:30pm
Friday : English Webcast
www.myeconference.net/TeamXLR8/
8:30pm – 9:30pm
Every Monday - Friday : English Webcast
www.myeconference.net/Training
10:00pm - 11:00pm
Langkah-langkah untuk memasuki webcast
1. Buka Laman Web Berikut - http://www.myeconference.net/malaysia dan anda akan dapati paparan seperti berikut;
2. Klik pada > LOG IN HERE <
3. Akan muncul satu panel untuk download file seperti berikut;
Name : "Conference.exe"Type : Application, 486KB
From : login.myeconference.com
4. Pilih option "Save" - dan pastikan Save Pada Desktop, kemudian -> Klik "Save"Proses ini akan mengambil sedikit masa untuk download bergantung kepada kelajuan capaian ke internet
5. Setelah selesai Klik "Run"
6. Masukkan nama anda seperti berikut contoh; "Afrina @ KL" (bermaksud Afrina dari KL) ataupun Afrina @ Tawau (sekiranya dari Tawau).
Kenapa? sebab nanti anda akan bertemu dengan pelbagai lagi rakan-rakan TeamXLR8 dari seluruh dunia seperti Jepun, New York, Singapore, Indonesia dan sebagainya.
7. Select chat room TeamXLR8 / Training berdasarkan jadual yang saya berikan diatas dan klik "OK". (Login "moderator" hanya untuk speaker sahaja) dannn.. selesai. (mudah jee..)
Pada hari dan masa yang ditetapkan anda boleh mendengar persidangan atau training ini secara online. Pastikan komputer anda mempunyai speaker ataupun ear/head phone.
Anda tidak perlu berlengah. Lebih baik jika anda terus mencuba langkah-langkah di atas selepas ini. Cuba masuk Chat Room TeamXLR8 dan bolehlah meninjau-ninjau dan mendapatkan maklumat dari slide yang sedia ada disitu. Pastikan anda selalu update komputer anda dengan update terkini dari Microsoft dan sekiranya tak boleh jugak, hubungi saya dengan SEGERA...!!
Cheers & take care,
http://www.simplybisnes.com/
Siri 1 : Kita Boleh!
Posted On at at 6:29 PM by Aishah Abd LatiffSalam semua..
Apa khabar? Masing-masing masih sibuk dengan jadual harian lagi? Saya disini sihal wal afiat. Sibuk jugak dengan kerja dan melayan telatah anak-anak. Alhamdulillah perniagaan USANA nampaknya berkembang dengan pesat semenjak saya membahagikan masa dengan betul dan disiplin.Mula-mula dulu agak kelam kabut juga sebab tak punya perancangan jadual harian, namun akhir-akhir ini berkat mengikut nasihat suami yang banyak memberikan dorongan, nasihat dan tunjuk ajar, akhirnya saya tahu bila, dan bagaimana waktu yang sesuai untuk mencapai apa yang saya hajatkan.
Mungkin ramai yang menyangka saya telah lama di dalam USANA, terus terang saya katakan saya masih lagi "hijau" dan hanya cepat beberapa minggu sahaja daripada anda semua. Pun begitu saya pernah berpengalaman didalam beberapa perniagaan secara runcit dan juga MLM sebelum ini. Sedikit-sebanyak memberikan ilmu yang berharga yang sudah pastinya akan saya kongsikan dengan semua.
Bercakap mengenai pengalaman, saya tahu bahawa ada antara anda sebenarnya jauh lebih berpengalaman daripada saya contohnya seperti Kak Rohana, En Abd. Gani dan En Muhammad. Saya benar-benar ingin mendapat tunjuk ajar serta berkongsi idea bagaimana kita sama-sama dapat mengembangkan perniagaan USANA ini dengan tempo yang cergas.
Kepada yang bujang trang tang tang, inilah masa yang sangat bagus untuk work hard dan juga work smart demi persediaan sebelum "berkomitmen". Ada baiknya kalau teman masing-masing juga turut terlibat dengan perniagaan USANA ini supaya setidak-tidaknya boleh mencapai objektif secara bersama.
Kepada yang telah berumah tangga, cuba dapatkan izin dan sokongan dari suami atau isteri masing-masing. Terus-terang saya katakan, saya tidak mampu untuk membuat bisnes USANA ini secara bersendirian jikalau tidak ada dorongan dan sokongan dari suami saya.
Ingatlah bahawa kita menceburi dan mendaftar sebagai Independent Associate USANA ini adalah untuk menambahkan pendapatan dan juga sebagai langkah pertama membuka perniagaan. Kita yang menentukan samada berjaya atau tidak perniagaan USANA ini.
Ramai dari Malaysia yang telah berjaya, dan kita harus mencontohi mereka. Alhamdulillah, kita adalah antara yang terawal. USANA baru setahun jagung di Malaysia. Jikalau usaha kita gigih, mental kita kuat, niat kita ikhlas mengapa katakan "tidak boleh?"
Yang PALING PENTING adalah untuk merekrut mereka-mereka yang juga inginkan pendapatan tambahan dan memulakan perniagaan.Bulan Februari ini saya mensasarkan setiap dari anda akan mempunyai 1 DOWNLINE SETIAP MINGGU. Cuti Tahun Baru Cina adalah masa yang terbaik untuk bertemu sahabat dan keluarga terdekat. Dan sudah semestinya saya sangat ingin membantu anda.
Hubungi saya terus melalui email ataupun telefon sekiranya ingin mendapatkan bantuan untuk menerangkan kepada prospect anda. Saya akan membantu anda dengan bersungguh-sungguh! Selalu yakin pada diri sendiri dan ingat bahawa kita adalah satu team. Anda dan saya tidak berseorangan!
Demi perniagaan kita bersama, ayuh kita sasarkan satu minggu satu downline!
Saya menunggu panggilan anda!
Kita Boleh!