Google
 

Welcome & Selamat Datang,

Without realising it, you are actually has begun your first step in your journey towards a better life. Allow me to introduce you the opportunity to generate and earn your income to the maximum and work either as a full or part timer. This is real and not a joke at all. Many have find success with it and why not you? The choice is yours!!.. Reach out! and Grab this golden opportunity now!

Tanpa Anda Sedari Sebenarnya Anda Telah Memulakan Langkah Pertama !!Memperkenalkan satu lagi peluang menjana pendapatan tambahan tanpa had secara sambilan dan sepenuh masa. Ini adalah program realiti, bukan fantasi. Ramai yang telah berjaya, mengapa tidak anda? Pilihan adalah ditangan anda !!. Rebutlah peluang keemasan ini sekarang juga !!!

(Baca Seterusnya)

Siri 3 : Motivasi Diri Demi Sebuah Impian


Hai Assalammualaikum. Apa khabar? Harap semuanya baik-baik belaka sebab dapat bercuti lama sempena Tahun Baru Cina. Sekali lagi kepada Amy Tan & Suami Dr Eugene, Cheryl, Ken Ong, Kai Hock dan semua yang menyambutnya didalam Team XLR8 – “Gong Xi Fa Cai”!!.

Ada beberapa yang menarik mengenai tahun tikus pada kali ini.

1. Saya takut tikus. (jangan cerita pada yang bukan group ini ok?)

2. Anak-anak saya adalah die hard fans “tikus” dan berusaha bersungguh-sungguh meminta, memujuk dan mentemberang ayah mereka supaya membeli tikus. “Nak dua aje” satu permintaan ikhlas mereka. Tikus yang dimaksudkan bernama Jerry dalam siri kartun terkenal “Tom & Jerry”.

3. Hidup saya dipermudahkan pada sambutan Tahun Baru Cina kerana Astro telah menayangkan secara marathon kartun Tom & Jerry dari pagi sampai ke malam – and guess what? It was Non-Stop! (Mula-mula tu senanglah sikit nak buat kerja rumah, tapi lama-lama bagai nak lebam jugak bijik mata terpaksa tengok kartun dari pagi sampai ke malam....phew..)

Bagaimana pula dengan cerita anda semua? Kalau ada yang mahu berkongsi cerita, taipkan dan hantarkan sahaja ke email groups ini. Zaman sekarang, semuanya email. Nak bercerita pun kena pakai email. haha..

Maju Setapak Lagi

Erm, cuti kali ini saya banyak manfaatkan masa untuk update web, yang dahulunya lebih berkonsepkan blog. Sebenarnya sama sahaja, tapi kalau tambah sana sikit, sini sikit maka akan terjadilah web. Dan, saya telah maju “setapak” lagi.

Blog saya kini telah berpindah ke domain baru, iaitu domain saya sendiri di http://www.simplybisnes.com/ Maka, berbanggalah saya kerana mempunyai laman web sendiri. Dalam siri akan datang saya akan ceritakan apa kelebihannya menggunakan domain sendiri.

Apa bezanya di domain baru http://www.simplybisnes.com/ ini? Dari segi isi kandungan, saya telah tambahkan banyak video tutorial terkini, dan amat penting untuk anda semua melihatnya. Ya! Sangat penting sebenarnya. Cuma kalau dari sesetengah pejabat, capaian ke “youtube” mungkin dihalang. Jangan lupa, tengok juga artikel-artikel kesihatan yang telah diupload.

Minggu lepas, saya ada menulis dan bagaimana kita berhajat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 downline pada minggu (yang lepas) ini. Bagaimana? Ada yang berjaya? Ataupun ada yang masih tertunggu-tunggu lagi untuk memulakan pada “masa yang sesuai”?

Masa Yang Sesuai

Itulah ayat saya apabila suami bertanya samada saya telah buat apa yang dirancangkan. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti bulan nampaknya ada sahaja yang tidak sesuai apabila saya hendak memulakakan sesuatu pada “masa yang sesuai”. Lama-kelamaan saya faham, ada perkaranya “masa yang sesuai” kadangkala tidak sesuai didalam perniagaan.



Didalam perniagaan kita perlu aktif dan pantas. Peluang yang ada perlu di pergunakan sepenuhnya. Tidak semua akan berlaku dengan licin, teratur dan kemas seperti yang di rancang, namun setidak-tidaknya kita telah memulakan sesuatu. Memulakan sesuatu itulah yang perlu anda lakukan disebalik berselindung “menunggu masa yang sesuai”.

Adakalanya kita berfikir, alangkah baiknya jika kita tidak perlu mencari orang nak masuk menjadi downline. Kalau boleh alangkah bagusnya kalau dapat buat macam yang diperkatakan oleh iklan-iklan yang ada di internet contohnya;

“Buat duit dari rumah – tidak perlu kerja”, “Goyang kaki, duit masyuk”, “Telaga Hikmat Membiakkan Duit”, “Punca Pendapatan Berganda”, “Buat Duit Cara Mudah” dan lain-lain lagi.
Persoalannya, BENARKAH? Ada yang pernah mencuba? (Mungkin ada yang pernah ni? Boleh promote sikit kat sini.. hehe)

Biar saya pecah rahsia sikit. Suami saya dahulu ... (err suami lagi... nak buat macam mana... dah sayang suami... lagipun suami yang banyak bercerita dan bagi nasihat :P )..

Erm, suami saya dahulu biasanya pada malam hari cuti akan pergi ke restoran mamak dengan rakan-rakan karibnya. Sementelah sekian lama pejam celik akhirnya mereka berhasrat untuk menjadi kaya lalu bercita-cita dan berpakat untuk menghasilkan buku “Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan”.


Ya! Jutawan!

Perancangannya, sudah pastilah ramai yang akan membeli buku tersebut dan akhirnya akan menjadikan mereka kaya raya dan seterusnya menjadi jutawan, sedangkan “jutawan-jutawan” yang akan menulis buku ini bercadang untuk mengutip idea-idea dari buku-buku orang lain yang tidak pasti lagi ketulenan tips-tips dan langkah-langkah untuk menjadi jutawan itu .

Alhamdulillah, hasrat mereka hanya angan-angan kosong kerana patah semangat di permulaan jalan. Semuanya kerana perlu mengeluarkan sejumlah modal besar untuk percetakan buku, pengedaran dan sebagainya. Mujur, pada masa itu penggunaan e-book belum begitu popular di Malaysia dan mereka belum begitu tahu mengenainya.

Goyang Kaki

Kadangkala, perkara-perkara yang diiklankan sebenarnya adalah indah khabar dari rupa. Ayat-ayat yang membeliakkan biji mata perlu disusun untuk menarik minat orang untuk meng“klik” dan seterusnya terlibat dalam satu skim yang pada harapan mereka akan merealisasikan impian untuk menjadi senang, untung besar, kaya-raya, duit sampingan dan sebagainya.


Namun sebenarnya, mereka-mereka ini hanya akan menjadi tukang promosi dan mendapat sedikit imbuhan daripada promosi tersebut. Tukang promosi sama sekali tidak akan berjaya sebagaimana si tuan punya program memandangkan keinginan awalnya adalah untuk “Goyang Kaki dan Duit Masyuk”.

Mereka akhirnya akan kehampaan apabila mengetahui ia tidak semudah goyang kaki yang dimaksudkan sebaliknya juga perlu bekerja membina dan mempromosi laman web yang berkenaan ke seaentero Malaysia. Nampaknya masih tak boleh goyang kaki.

Nasihat saya, jika anda mahu goyang kaki dan duit masyuk, jalan yang terbaik adalah pelaburan. Lebih selamat, terjamin dan kurang risiko. Melaburlah didalam Amanah-amanah Saham (Saham Amanah baru sahaja diharuskan oleh Majlis Mufti) ataupun Unit Trust. Dengan Amanah Saham, anda pasti akan mendapat faedah dari keuntungan setiap tahun, lebih banyak anda melabur maka lebih banyak hasilnya.

Begitu juga dengan Unit Trust ataupun Unit Amanah, juga akan menghasilkan keuntungan bergantung kepada kebijakan Pengurus Dana dan juga pasaran serantau. Lebih banyak anda melabur, maka sudah pasti hasilnya akan lebih mencengkam. Ketika itu sudah pasti kaki anda akan bergoyang!

Tapi...

Mana nak carik duit melabur? Takkan nak pinjam Ah Long? Gila! Bank? Macam-macam urusan dan syarat. Kita nak duit setiap bulan, bukannya keluar duit setiap bulan! Pendapatan setiap bulan pun cukup makan, mana nak korek lagi untuk bayar monthly installment? Aduh...



Maka, kerana itulah anda berada disini, membaca tutorial ini dan telahpun menjadi seorang “Independent Associate USANA”. Anda yakin bahawa dengan sedikit modal, kesungguhan, tebal muka (semua orang buat macam ni... cikgu pun kena tebal muka kalau Nazir sekolah datang duduk kat belakang kelas).

Apatah lagi USANA sebenarnya memberikan pendapatan mingguan! Dalam US Dollar pulak tu!

Konsep tebal muka dalam USANA ada sedikit berlainan, dan juga menekankan konsep bekerja secara berkumpulan (macam mana ni? Macam biasa.. kita kena saling menghubungilah samada email, sms ataupun telefon.)

Sesungguhnya dengan izin Allah, berakah setiap usaha, usaha, usaha, doa dan tawakkal maka, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani sudah pasti akan memperkenankan nawaitu ikhlas hamba-hambanya yang dihimpit sedikit kesusahan.

Sehingga berjumpa lagi dalam siri akan datang, dan jangan lupa untuk memotivasikan diri anda demi sebuah impian!

Work Hard and Work Smart!

http://www.simplybisnes.com/

Posted in Labels: |

Bagaimana Kami Boleh Menghubungi Anda??