Siri 1 : Kita Boleh!
Posted On Sunday, February 3, 2008 at at 6:29 PM by Aishah Abd LatiffSalam semua..
Apa khabar? Masing-masing masih sibuk dengan jadual harian lagi? Saya disini sihal wal afiat. Sibuk jugak dengan kerja dan melayan telatah anak-anak. Alhamdulillah perniagaan USANA nampaknya berkembang dengan pesat semenjak saya membahagikan masa dengan betul dan disiplin.
Mula-mula dulu agak kelam kabut juga sebab tak punya perancangan jadual harian, namun akhir-akhir ini berkat mengikut nasihat suami yang banyak memberikan dorongan, nasihat dan tunjuk ajar, akhirnya saya tahu bila, dan bagaimana waktu yang sesuai untuk mencapai apa yang saya hajatkan.
Mungkin ramai yang menyangka saya telah lama di dalam USANA, terus terang saya katakan saya masih lagi "hijau" dan hanya cepat beberapa minggu sahaja daripada anda semua. Pun begitu saya pernah berpengalaman didalam beberapa perniagaan secara runcit dan juga MLM sebelum ini. Sedikit-sebanyak memberikan ilmu yang berharga yang sudah pastinya akan saya kongsikan dengan semua.
Bercakap mengenai pengalaman, saya tahu bahawa ada antara anda sebenarnya jauh lebih berpengalaman daripada saya contohnya seperti Kak Rohana, En Abd. Gani dan En Muhammad. Saya benar-benar ingin mendapat tunjuk ajar serta berkongsi idea bagaimana kita sama-sama dapat mengembangkan perniagaan USANA ini dengan tempo yang cergas.
Kepada yang bujang trang tang tang, inilah masa yang sangat bagus untuk work hard dan juga work smart demi persediaan sebelum "berkomitmen". Ada baiknya kalau teman masing-masing juga turut terlibat dengan perniagaan USANA ini supaya setidak-tidaknya boleh mencapai objektif secara bersama.
Kepada yang telah berumah tangga, cuba dapatkan izin dan sokongan dari suami atau isteri masing-masing. Terus-terang saya katakan, saya tidak mampu untuk membuat bisnes USANA ini secara bersendirian jikalau tidak ada dorongan dan sokongan dari suami saya.
Ingatlah bahawa kita menceburi dan mendaftar sebagai Independent Associate USANA ini adalah untuk menambahkan pendapatan dan juga sebagai langkah pertama membuka perniagaan. Kita yang menentukan samada berjaya atau tidak perniagaan USANA ini.
Ramai dari Malaysia yang telah berjaya, dan kita harus mencontohi mereka. Alhamdulillah, kita adalah antara yang terawal. USANA baru setahun jagung di Malaysia. Jikalau usaha kita gigih, mental kita kuat, niat kita ikhlas mengapa katakan "tidak boleh?"
Yang PALING PENTING adalah untuk merekrut mereka-mereka yang juga inginkan pendapatan tambahan dan memulakan perniagaan.
Bulan Februari ini saya mensasarkan setiap dari anda akan mempunyai 1 DOWNLINE SETIAP MINGGU. Cuti Tahun Baru Cina adalah masa yang terbaik untuk bertemu sahabat dan keluarga terdekat. Dan sudah semestinya saya sangat ingin membantu anda.
Hubungi saya terus melalui email ataupun telefon sekiranya ingin mendapatkan bantuan untuk menerangkan kepada prospect anda. Saya akan membantu anda dengan bersungguh-sungguh! Selalu yakin pada diri sendiri dan ingat bahawa kita adalah satu team. Anda dan saya tidak berseorangan!
Demi perniagaan kita bersama, ayuh kita sasarkan satu minggu satu downline!
Saya menunggu panggilan anda!
Kita Boleh!