Google
 

Welcome & Selamat Datang,

Without realising it, you are actually has begun your first step in your journey towards a better life. Allow me to introduce you the opportunity to generate and earn your income to the maximum and work either as a full or part timer. This is real and not a joke at all. Many have find success with it and why not you? The choice is yours!!.. Reach out! and Grab this golden opportunity now!

Tanpa Anda Sedari Sebenarnya Anda Telah Memulakan Langkah Pertama !!Memperkenalkan satu lagi peluang menjana pendapatan tambahan tanpa had secara sambilan dan sepenuh masa. Ini adalah program realiti, bukan fantasi. Ramai yang telah berjaya, mengapa tidak anda? Pilihan adalah ditangan anda !!. Rebutlah peluang keemasan ini sekarang juga !!!

(Baca Seterusnya)

Panduan Pemakanan

PANDUAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT KOLESTEROL TINGGI

Ambil sumber haiwan daripada jenis ikan, ayam tanpa kulit atau arnab. Gunakan susu atau yogurt rendah lemak 2 kali sehari. Gunakan marjerin daripada jenis mono atau polyunsaturated.

Kurangkan santan dalam masakan. Gantikan dengan susu tanpa lemak. Elakkan mengambil kuah bersantan, hanya ambil isi sahaja gunakan periuk atau kuali non stick untuk menggoreng. Berhati-hati dengan lemak tersembunyi di dalam roti canai, pai dan sebagainya. Kurangkan penggunaan gula dan bahan manis.

Kurangkan garam dan makanan diawet dengan garam ( ikan masin, telur masin, tauchoo atau jeruk ) Amalkan cara memasak dengan mengukus atau merebus banyakkan mengambil makanan berserat seperti buahan, sayuran dan bijirin mil penuh seperti roti jagung, oats, cornflakes dan kekacang seperti gandum, barli, soya, dhal dll.

PANDUAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT DARAH TINGGI

1. Makanan

-Kurangkan makanan bergaram. Jangan tambah garam ke dalam makanan yang sudah masak
-Kurangkan makanan laut seperti udang, kerang, ketam.
-Kurangkan makan daging kambing atau lembu. Boleh makan ayam yang dibuang kulit dan lemaknya.
-Putih telor boleh dimakan
-Kurangkan makanan bersantan dan berlemak seperti minyak sapi atau mentega
-Ikan, sayuran dan buahan bebas dimakan
-Banyakkan makan rebusan dan kukusan
-Kurangkan masak makanan yang menggunakan banyak minyak atau lemak seperti menggoreng dengan minyak yang banyak ( deep frying)
-Banyakkan minum air tapi kurangkan minuman bergas dan minuman keras

2. Rehat dan tidur yang cukup.
3. Elakkan tekanan atau stress
4. Senaman ringan setiap hari
5. Berhenti merokok dan minuman keras
6. Lakukan aktiviti ringan seperti berkebun di masa lapang
7. Patuhi aturan ubatan dan temujanji
8. Datang terus ke hospital sekiranya berasa pening, sakit kepala, lemah-lemah anggota badan atau susah bernafas

PANDUAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT KENCING MANIS

Pemakanan

1. Elakkan minum minuman manis sepeti sirap, milo, ovaltine, horlick dan oren. Elakkan minuman bergas dan air tin/ kotak.
2. Susu tanpa Lemak sahaja boleh diminum 2 – 3 kali sehari tanpa gula.
3. Banyakkan minum air masak
4. Kurangkan makan tinggi karbohidrat seperti nasi, mee, meehoon, pulut dan bahan-bahan daripada tepung.
5. Ikutan jadual untuk sekali makan 2 KALI SEHARI
-1 senduk nasi
-2 keping Roti jagung
-1 senduk mee goreng, mee hoon
-1 keping Capati/ roti canai
-2 keping cream crackers
6. Jangan makan benda manis seperti aiskrim, coklat, jelly, jem dan kuih muih manis
7. Kurangkan makan buahan seperti durian, rambutan, mangga dan lain2 yang manis.
8. Lebihkan sayuran
9. Ambil ikan atau ayam tanpa kulit sebagai sumber daging
10.Jadual makan mesti tetap dan jangan ambil makanan sembarangan di antaranya

Gaya Hidup

Penjagaan kaki dan tumit
Senaman ringan

Ubatan dan Rawatan

1.Patuhi aturan ubatan dan sentiasa bawa ubatan ke mana sahaja
2.Tanda-tanda amaran hypoglaysemia:
- Lemah anggota badan
- Berpeluh sejuk dan rasa hendak pitam
- Pening dan badan menggeletar
*** ambil air berglucose segera dan terus ke hospital untuk rawatan
3.Patuhi temujanji dan jangan putus ubat
4.Penggunaan insulin :
- syringe dan jarum boleh digunakan sehinnga tumpul dan disimpan dalam peti sejuk selepas digunakan.
- Insulin sentiasa di simpan di dalam peti sujuk ( bahagian bawah)
- Sekiranya menggunakan 2 jenis insulin , guna yang jernih ( short acting ) dahulu kemudian yang keruh ( long acting )
- Tempat suntikan : lengan , paha, punggung dan perut.

PANDUAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT

Makanan Yang Perlu Dielakkan

1. Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, peparu, buah pinggang, otak dan sebagainya
2. Ikan bilis dan Ikan sardine dalam tin
3. Pati Daging
4. Kekacang seperti dhal, kacang peas, soya dan hasilnya seperti tauhu, tempe, tauchu.
5. Sayuran seperti bayam, cauliflower, cendawan, asparagus dan kentang
6. Bijirin mil penuh seperti roti whole mil, all bran, tepung attar
7. Minuman seperti teh, kopi, koko atau coklat

Makanan Yang Boleh Dimakan Sedikit.

Daging selain daripada di atas
1. Ayam
2. Ikan dan kerangan laut seperti udang, kerang, ketam.

Makanan Yang Bebas Dimakan

1. Sayuran selain di atas
2. Susu dan hasilnya
3. Telur
4. Buahan
5. Mentega dan lain-lain lemak
6. Manisan atau gula.

** Kurangkan berat badan
** Lebihkan minum air kosong sekurang-kuranya 8 gelas sehari

Posted in Labels: |

Bagaimana Kami Boleh Menghubungi Anda??