Google
 

Welcome & Selamat Datang,

Without realising it, you are actually has begun your first step in your journey towards a better life. Allow me to introduce you the opportunity to generate and earn your income to the maximum and work either as a full or part timer. This is real and not a joke at all. Many have find success with it and why not you? The choice is yours!!.. Reach out! and Grab this golden opportunity now!

Tanpa Anda Sedari Sebenarnya Anda Telah Memulakan Langkah Pertama !!Memperkenalkan satu lagi peluang menjana pendapatan tambahan tanpa had secara sambilan dan sepenuh masa. Ini adalah program realiti, bukan fantasi. Ramai yang telah berjaya, mengapa tidak anda? Pilihan adalah ditangan anda !!. Rebutlah peluang keemasan ini sekarang juga !!!

(Baca Seterusnya)

Siri 4 : Modal sepucuk email?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah restoran makanan di pinggir bandar?

RM100,000.00?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah stesyen minyak?

RM300,000.00?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah salun kecantikan di pasar raya?

RM50,000.00?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah butik di lokasi strategik?

RM100,000.00?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah kedai goreng pisang?

2000.00?

Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka sebuah gerai burger?

RM1500,00?

Berapakah pula modal yang anda mahu laburkan untuk membuka sebuah Business Center (1BC) USANA?

Hai, Assalammualaikum...

Bertemu lagi kita di siri ke 4 titian perjalanan saya didalam bisnes USANA. Minggu ini merupakan satu minggu yang sangat mencabar, beremosi, menggembirakan, dramatik dan merupakan antara minggu yang membuahkan pengalaman yang sangat menarik dalam hidup saya.

Sebelum bertemu dengan USANA, rutin harian saya hanyalah bangun pagi, pergi kerja, jalan jem, buat kerja ofis, balik petang, jalan jem, makan malam, mengelamun panjang dan tertidur. Kata orang Penang, pi-mai-pi-mai tang tu jugak.

Isnin

Bermula dengan hari Isnin, saya meminta Amy menghantarkan sample botol-botol USANA yang tidak lagi dipakai untuk saya jadikan sample kalau-kalau ada rakan-rakan yang ingin melihat sendiri rupabentuk USANA. Seperti biasa Amy tidak pernah menolak kalau saya meminta bantuan. Buku “Don Faila” yang diberikannya dulu masih lagi menjadi kitab bacaan sebelum tidur. Terngiang kata-kata suami saya “Don’t fail aaa?? Dont fail aaa!!”

Satu kejutan @ “surprise” apabila Amy mengatakan bahawa disamping botol-botol kosong ada T-Shirt istimewa dari Team XLR8 kiriman khas Ken Ong (kalau tak silap saya orang pertama mendapat Gold Director di Malaysia). Ken Ong sempat menelefon secara peribadi kepada saya dan memberikan kata-kata perangsang yang sungguh bermakna. Ken Ong juga ada mengirimkan nota khas kepada saya seperti berikut;

“Dear,

Congratulations on your achievements of sponsoring more than 5 downlines over such a short time. This is a real pleasure to have a dynamic leader like you in our team. As a token, we present you a Team T Shirt on your achievement. Regards, (signed) Ken Ong 5/2/08”


*Dear Ken Ong, thank you for the t shirt. “quel plaisir de te rencontrer” Don’t mention it because the pleasure is mine. I am really having a great moment in my life.

Surprise Lagi

Selang beberapa hari selepas mengenali Ken Ong, saya mendapat mesej pula dari Simon Chan. Siapa Simon Chan? Simon Chan adalah upline kepada Ken Ong. Sempat juga berchatting panjang dengan Simon yang kini berada di USA. Simon turut bercerita meluahkan perasaan marahnya kepada upline beliau yang lari meninggalkan USANA sewaktu beliau mula-mula menceburi bidang ini.

Tatkala Simon sekarang boleh bersenang lenang dengan hasil pendapatan USANA, bekas upline nya dulu masih terkial-kial bertukar-tukar kerja dari satu tempat kerja ke tempat kerja lain. Di negara Jepun sahaja Simon mempunyai tidak kurang dari 200 orang downline. Saya tidak sempat bertanya berapakah jumlah downline beliau di seluruh dunia.

Itulah kelebihan Team XLR8 didalam USANA. Tidak kira siapa jua anda, atau berapa jauh anda dibawah, anda sebenarnya terlalu dekat dengan upline anda. Perlu diingat, samada downline atau upline mereka semuanya adalah rakan seperjuangan. Bukan BOSS apatah lagi kuli anda.
You are your own boss. Saya masih teringat sewaktu mula-mula website saya ini dibina, satu lagi nama besar dalam USANA iaitu Mike Ray dari USA juga sempat menjenguk. Siapakah Mike Ray? Mike Ray adalah mentor kepada Simon Chan dan juga upline kepada kebanyakkan kita di Malaysia ini. Persoalannya, bagaimanakah mereka yang hebat-hebat ini boleh mengenali saya?

Kerja Siapa?

Ini semua angkara Amy, dia sangat bersungguh-sungguh dengan downlinenya termasuk saya. Amy merupakan seorang leader yang sangat berdedikasi, pemurah dan comel.... *cheeese* (anda boleh lihat gambar Amy dan suami Dr Eugene didalam newsletter terbaru USANA muka surat 17).

Dengar cerita ramai orang kampung Amy nak join USANA masa dia balik kampung cuti tahun baru Cina yang lalu. Mungkin semuanya baru membuka mata sebab melihat kejayaan Amy dan suami sebagai Silver Director didalam newsletter USANA) Kerana itulah ia membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh dengan bisnes USANA ini. Harapan saya agar saya dapat mencontohi Amy. (maksud saya : tidak lokek memberikan botol kosong, kalau ada lebih lah ya? :)

Saya dijemput oleh Kak Delaila untuk datang kerumahnya. Katanya nak beramah mesra. Sepanjang saya berniaga didalam USANA, saya belum pernah bertemu muka dengan sesiapa kecuali Kak Rohana (yang belanja makan di KLCC, suami nak ikut sebab memang favouritenya Chinese Food tapi malangnya saya tak bagi ikut.. hehe) Selain itu, semua pertemuan hanya melalui telefon dan online di internet sahaja.

Kali ni saya pergi ke rumah Kak Delaila bersama suami. Hati saya berdebar-debar sebab selama ni hanya berbual dengan Kak Delaila melalui telefon sahaja. Suami saya pula tak sedap hati, katanya dia merasakan ada “sesuatu” akan berlaku. Sampai di rumah Kak Delaila, kami disambut dengan senyuman manis di depan rumahnya. Beliau agak terkejut melihat kami.

Suami Kak Delaila - En Sukor Baharum juga ada. Gerak hati suami saya terjawab apabila kami dihidangkan dengan makan tengahari!!! (Makan lagi! ... walaupun sebelum ke rumah Kak Delaila kami dah makan siap-siap)

Selesai acara makan-makan kami teruskan dengan sesi soal jawab. En Sukor rupanya bukanlah seorang yang calang-calang. Beliau orang lama Amway rupanya dan perihal preskripsi perubatan sudah merupakan darah daging beliau. Pasangan suami isteri ini memang peminat makanan perubatan. Mujurlah suami saya ada buat persediaan sikit, malam sebelumnya. Taklah kami terasa kekok menerangkan dengan panjang lebar pasal USANA.

Kami telah bertemu dengan satu pasangan bahagia yang sungguh merendah diri dan jika diizinkan Allah, kami percaya Kak Delaila dan suaminya kami pasti suatu hari nanti bakal menjadi Global Player USANA kerana network marketing mereka sangat kuat.

* "Terima kasih Kak Delaila dan En Sukor, kalau hendak berjalan ke utara bolehlah singgah ke rumah kami, giliran makan tengahari disini pula... "

Jumaat – “The Big Friday”

Saya memulakan hari Jumaat dengan penuh semangat. Penuh dengan perancangan, target, cita-cita dan harapan. Banyak kerja-kerja tidak berjalan dengan lancar kerana line internet yang lembap tapi harapan untuk mencapai “target” semakin cerah menjelang tengahari. Menjelang petang hanya ada beberapa saki baki kerja yang perlu dibereskan, namun tiba-tiba hajat saya untuk mencapai “target” terbantut. Saya mati akal sedangkan cita-cita saya untuk minggu ini hanya sejengkal lagi untuk dijangkau dan betul-betul dihadapan mata. Boleh dilihat namun terkapai-kapai.

Saya meluahkan keresahan saya kepada Zakiah. Siapa itu Zakiah? Zakiah adalah downline Amy merangkap upline saya. Zakiah bergegas cuba membantu saya. Dalam masa yang sama saya pula terus berusaha untuk mencapai target. Suami pula selang 10 minit menelefon menenangkan dan cuba memberi jalan. Target masih tidak tercapai manakala masa semakin suntuk. Apakah target saya? Target saya adalah untuk naik ranking pada setiap minggu. Terngiang-ngiang kata-kata En Sukor suami Kak Delaila, “You must have a purpose in your life, if you doesn’t have a purpose then u will achieve nothing”.

Gembira atau Duka?


Awan berarak mendung. Hari sudah lewat petang dan lembayung senja semakin melabuhkan tirai.. badan terasa penat, mata semakin kabur, segala usaha dan daya untuk hari Jumaat telah saya perah dan curahkan, namun belum ada sebarang petanda pelangi akan muncul dari balik awan. Tiba-tiba Zakiah mesej dan memberitahu, perkara tersebut telah “dibereskan”. Saya terkejut bercampur gembira. Belum mampu nak percaya, tapi seakannya Zakiah telah menunaikan impian saya untuk hari Jumaat. Belum benar-benar dapat diputuskan tetapi jangkaan Zakiah impian saya boleh tertunai. Saya sangat gembira!

Saya bergegas balik dan bertemu suami untuk mengambil anak di taska. Berita gembira yang saya ingin sampaikan kepada suami tiba-tiba bertukar menjadi suram. Saya terkedu dan sugul. Suami telah memaklumkan “sesuatu” kepada saya, sekaligus memberitahu ada pengorbanan dari seseorang demi untuk impian hari Jumaat saya. Dan pengorbanan itu rupanya sangat besar. Zakiah mungkin tidak tahu, bahawa saya akhirnya tahu apa yang beliau tidak mahu saya tahu lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa mengorbankan “impian hari Jumaatnya” pula.

Didalam kereta saya hanya banyak berdiam diri dan suami seperti biasa cuba menenangkan perasaan saya. Saya cuba untuk menghubungi Zakiah tapi rasanya sudah terlambat. Saya hanya berdoa saya agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Saya risau, kerana Amy juga pernah terkena gara-gara terlalu ingin membantu saya.

Malam Pengajaran

Selesai makan malam, saya cuba membantu Kak Rohana dalam urusan mendaftarkan downline nya. Kak Rohana juga akhirnya berjaya. (Belum sempat bercerita panjang dengan Kak Rohana al-kisah pengalamannya pula) Banyak perkara terbantut. Urusan mendaftarkan downline kerapkali terganggu. Seperti biasa Amy to the rescue.


Hari semakin larut dan anak-anak mula buat perangai merengek hendak tidur. Amy menyampaikan berita kematian bapa saudara Zakiah. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Perit menelan air liur. Hati dan perasaan terasa bungkam. Bahu terasa sungguh berat. Amy juga memberi bayangan kemungkinan saya gagal untuk mencapai “target” pada minggu ini.
Berita dari Amy itu membuatkan saya tersenyum, sedikit tenang dan berasa lega. Tak mengapalah, tiada rezeki untuk naik pangkat minggu ini. Itu lebih baik daripada menongkat langit hasil dari pengorbanan Zakiah. Saya tidak mahu bergembira dengan cara yang sebegitu. Dalam duka dan kalut hari Jumaat, Zakiah masih mampu menaja dua orang sekaligus. Wow! Tahniah!

“Don’t worry Zakiah, i have learned a big lesson on Friday. At this time, the rank doesn’t concern me at all. And i owe you one.”

Impian saya akhirnya berkubur, namun saya gembira. Gembira kerana telah menempuh pelbagai pengalaman dan peristiwa sepanjang lima hari, lebih dari apa yang saya tempuhi selama 2 tahun sebelum bertemu USANA. “So Close But Yet, So Far".

Tamat sebuah kisah “The Big Friday”

Anda pula bagaimana? Sekurang-kurangnya saya gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk mempunyai 3 orang downline setiap minggu. Namun ada juga perkara yang mengecewakan hati kerana ramai yang mengaku “telah terkena” dengan skim perniagaan lain sebelum ini. Saya akui bahawa USANA juga adalah MLM. MLM di Malaysia telah banyak tercemar dari angkara perusahaan-perusahaan lain sebelum ini. Ramai yang telah tergadai harta kerana diumpan kemewahan wang ringgit oleh si pelobi.

Ramai yang telah menanamkan didalam minda untuk menjadi kaya raya. Faktor kereta mewah adalah menjadi keutamaan. Apa sahaja yang dijaja oleh sang penjual ditelan bulat-bulat. Ribuan ringgit ditaburkan dalam sehari, dengan harapan dalam masa sebulan ribuan akan jadi ratusan. Akhirnya, hanya makan asap. Duit entah ke mana. Kawan menjadi lawan. Keseluruhan sistem dipersalahkan. Hakikatnya kita sendiri hanya mahu mendengar yang senang dan mudah belaka. Mahu kaya sekelip mata. Mudah sangat lekas percaya kalau ada kereta BMW diumpan di depan mata. Hakikatnya, anda diperdaya kerana anda mahu dan rela diperdaya.

Tidak pernah sepanjang saya mengenalkan USANA kepada prospect saya bahawa saya berjanji mereka mampu kaya sekelip mata. Tidak pernah saya berjanji bahawa mereka hanya perlu masuk, melabur modal 3BC, goyang kaki dan seterusnya saya akan memberikan kekayaan kepada mereka. Ada juga yang cuba berlagak bijak, kononnya tidak mahu terjerat dengan skim cepat kaya namun sebenarnya hipokrit kerana jauh terpahat di sudut hati masih mahu mencari jalan mudah, ringkas dan pantas.

Nasihat saya, lebih pantas dan mudah anda mahukan wang dan kekayaan maka lebih jauhlah anda dari impian dan habuan anda. Akan nanti datang hari, dimana anda akan diberikan janji-janji kosong maka pasti anda akan mudah menerima kerana fikiran anda kosong. Tiada bermatlamat dan tiada arah tujuan. Anda hanya mahu berada disekitar zon selesa anda.
Sekiranya anda sedang menunggu saat itu maka usahlah anda bersama kami, kerana jika anda hanya mahu goyang kaki sambil membilang hari menunggu komisyen silih berganti, pergilah klik iklan disebelah kiri laman web ini yang mahu memberikan anda kekayaan dengan cara yang paling mudah dan tidak perlu bekerja. Anda mempunyai pilihan. Sengaja saya biarkan iklan-iklan itu disitu untuk anda menentukan sendiri untung nasib diri anda. Mahu cepat kaya ataupun mahukan perniagaan sebenar?


Donald Trump pernah berkata, jikalau beliau muflis pada hari ini, maka keesokkan harinya beliau akan bangkit dan memulakan perniagaan secara MLM. Tiada yang salahnya dengan MLM. Yang salah adalah strategi perniagaan syarikat MLM itu sendiri. Samada syarikat itu tamak ataupun tidak. Yang salah adalah mereka-mereka yang didalam MLM itu sendiri, samada mahu berkempen dan mengumpan bohong ataupun tidak. Yang salah adalah mereka yang menyertai MLM itu sendiri, samada faham ataupun tidak dengan syarat dan plan bisnes MLM.

Cepat kaya tiada dalam kamus hidup saya, yang ada hanyalah berusaha untuk kejayaan. Rezeki di tangan Allah. Seorang bekas pensyarah dan juga seorang peguam telah menyertai USANA tidak sampai setahun dahulu dan dalam jangkamasa cuma 6 bulan telah mencapai “Gold dan Ruby Director”. Pendapatan mereka dari USANA secara logik kiraan tidak mungkin kurang dari RM40,000.00 sebulan. Tak percaya? Muka mereka ada dalam (muka surat 16) newsletter terbaru USANA. Namun pada pendapat saya tafsiran mewah atau kaya bagi setiap manusia adalah berlainan. Betulkan?

“You have to do something to get something but you will get nothing if you do nothing”

Saya memberitahu suami saya, ada seorang kawan berkata kepada saya “tak apalah kita perlahan-lahan macam orang mengandung, nanti kalau dah nak bersalin barulah kita tergesa”.
Suami saya hanya tersenyum dan sinis menjawab, berdasarkan pengalamannya beliau tidak mahu lagi melihat perempuan bersalin betul-betul di hadapan pintu masuk kecemasan. “Nak pitam tengok dibuatnya, darah merata-rata. Kalau dah nak terberanak dan still nak tunggu last minute, silap gaya, nyawa tergadai !”. Saya hanya mengangguk diam memikirkan maksudnya yang mendalam.

Jadi, berbalik kepada persoalan awal, - berapakah pula modal yang diperlukan untuk menghantar email kepada seseorang yang bakal menjadi downline anda?


Posted in Labels: |

Bagaimana Kami Boleh Menghubungi Anda??